Isnin, 19 Januari 2015

ALFALFA COMPLEX SHAKLEE-MANFAAT ALFALFA KEPADA KESIHATAN BADAN

Assalamualaikum, hari ini rasa buntu pulak nak tulis apa hehehe.. Sempena masih promosi Alfalfa Complex ni marilah kita tengok kebaikan dan manfaat alfalfa kepada badan kita. Rugi siapa yang tak mencubanya. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. 

Alfalfa Complex sesuai untuk semua lelaki dan wanita antaranya
  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  5. Merawat arthitis
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema
  7. Merawat athma
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  10. Meneutralkan asid dalam badan
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  16. Meningkatkan stamina seorang suami
  17. Melegakan sembelit
  18. Membuang angin dalam badan
  19. Milk booster

Jadi kalau anda ada salah satu simptom di atas, disyorkan untuk cuba. Tak cuba tak tahu kan. 

"Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit"


Siti Norhudha Maria Bt Derani
ID Shaklee: 1097495
Call/SMS/Whatsapp: 012-927 4331
Email: sitinorhudhamaria@gmail.com
FB: Siti Norhudha

Sabtu, 17 Januari 2015

ALFALFA RAJA SEGALA TUMBUHAN - ALFALFA COMPLEX SHAKLEE

Assalamualaikum.. masih dalam bulan promosi Alfalfa Complex :) Tak sah kalau setiap
cerita tentang suplemen Shaklee tanpa testimoni yang dah berjayakan.

Alfalfa Complex suplemen yang hot dan glemer, terutamanya untuk ibu-ibu yang menyusu. Sebabnya disamping menyusu badan pun boleh jadi yang slim.

Okay taknak buang masa jom kita baca testi mereka yang dah berjaya.


Menghangatkan hubungan suami isteri - bertindak sebagai kacip fatimah kepada wanita
Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
Meningkatkan sistem pertahanan badan
Merawat gangguan pencernaan dan keputihan
Buang toksin dalam badan
Merawat bau badan dengan cara mengeluarkan toksin dari badan
Merawat masalah bau mulut 
Meningkatkan sistem pertahanan badan- bertindak untuk melawan alahan dan melegekan keletihan

Amacam??? Baguskan Alfalfa ni pelbagai fungsi. Hudha memang tak boleh miss makan Alfalfa. Yelahlah Hudha gunakan sebagai milk booster dan untuk keputihan. Memang tak tipu, masalah keputihan memang dah tiada berbanding dulu yang sentiasa pakai panty liner. Memang disyorkan pada mereka yang ada masalah keputihan.
"Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit"

Siti Norhudha Maria Bt Derani
ID Shaklee: 1097495
Call/SMS/Whatsapp: 012-927 4331
Email: sitinorhudhamaria@gmail.com
FB: Siti Norhudha

Rabu, 14 Januari 2015

KESAN KEKURANGAN KALSIUM

Bila sebut kalsium atau dengar je perkataan ini mesti kita terbayangkan susu kan. Dan bila sebut susu berapa sangatlah yang minum susu untuk keperluan badan kita.

Sebenarnya kalsium ni penting. Kita mesti tak terfikir yang simptom atau gejala yang terjadi pada badan berpunca daripada kekurangan kalsium. Sekiranya ada simptom-simptom ini, baik lakukan sesuatu sebelum melarat.


TANDA KEKURANGAN KALSIUM

1. Insomnia - sukar untuk tidur dan membawa kepada tidur yang tidak berkualiti. 



2. Ketidakseimbangan emosi - lebih mudah panik, risau, stress dan sebagainya. Kalsium sangat penting untuk membantu menenangkan diri.



3. Sistem imun yang lemah - tubuh kurang berupaya untuk menentang jangkitan virus.



4. Kelesuan - boleh menyebabkan kelesuan. Ini akan mempengaruhi emosi dan pemikiran menyebabkan individu tersebut lebih suka menjauhkan diri daripada orang lain.

5. Kerosakan gigi dan tulang - penyakit tulang rapuh atau nama lain osteoporosis Ini menyebabkan individu tersebut lebih mudah tercedera walaupun hanya terjatuh sedikit. Gigi juga akan menjadi rapuh dan mudah reput.



6. Selain itu, kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, anemiakekejangan ototkebas-kebas, kegagalan sistem saraf berhubung secara efektif dan sebagainya.


KESAN KEKURANGAN KALSIUM KEPADA INDIVIDU

INDIVIDU DEWASA

  1. Mudah kejang otot atau semut-semut (terutamanya ibu-ibu mengandung)
  2. Insomnia atau masalah sukar untuk tidur
  3. Usus lemah dan sering mengalami sembelit
  4. Mengalami sakit pinggang dan juga kaki
  5. Cepat marah dan terkejut
  6. Luka susah untuk sembuh. Dan jika luka, darah lambat membeku
  7. Sakit sendi
  8. Kadar metabolisma menjadi rendah
  9. Berisiko mengidap penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  10. Tidak bermaya dan sering keletihan.  
  11. Rambut gugur (masalah wanita selepas bersalin)  

KANAK-KANAK

  1. Kurang selera makan dan memilih dalam pemakanannya
  2. Sering terkejut dan menangis malam
  3. Gigi lambat tumbuh (selepas 10 bulan)
  4. Terlalu aktif (“hyperaktif”)
  5. Kaki bengkok
  6. Mula berjalan lambat (selepas 13 bulan)
  7. Tidak tinggi dan badan yang lemah
  8. Kerap berpeluh ketika tidur
  9. Tidur sering tidak lena (tidak mendapat tidur berkualiti) 
Buatlah pencegahan sebelum terlewat ye. Kesihatan itu lebih berharga dari wang ringgit. Bila dah sakit, wang banyak mana pun dah tak berguna lagi.


Siti Norhudha Maria Bt Derani
ID Shaklee: 1097495
Call/SMS/Whatsapp: 012-927 4331
Email: sitinorhudhamaria@gmail.com
FB: Siti Norhudha

CERITA BASIC H SHAKLEE

Kisahnya anak diserang demam campak. Sehari selepas Herbal Blend habis huhuhu.. tak sempat nak beli, masa tu kat opis, tak sampai 1 jam dah takde stok. Dah abis nak buat camne... yang ada kat rumah cuma Basic H. 

Pernah terbaca pasal Basic H boleh hilangkan gatal-gatal sebab campak ni.. so apalagi Hudha terus google cari camne nak guna. Perasan anak ada bintik-bintik kat badan masa tu jam 6 pagi. Kebetulan masa tu hari sabtu, cuti, anak bangun je pagi tu terus bawa pergi klinik untuk pastikan betul ke tidak yang menyerang tu campak. Bila dah berjumpa doktor tu memang betullah anak kena campak.

Sampai je rumah terus mandikan anak dengan air Basic H. 2 kali sehari mandikan dengan Basic H ni. Malah lap badan lagi untuk hilangkan panas. Masa tu badan anak tak berapa panas tapi lap juga supaya tak melarat.

Alhamdulillah campak segan nak keluar pada hari kedua seperti yang doktor cakap campak ni akan keluar sehingga ke atas kepala. Tapi itu tak berlaku sebab hari-hari seterusnya memang tak keluar langsung. Anak pun happy je tak serupa orang sakit dan meragam, siap main panjat-panjat lagi. Takde nak garu-garu/ gatal gatal bagai. Tido pun lena je. Hudha perasan campak tu tadi hitam dan kecut lepas mandi dengan air Basic H Shaklee.

Basic H memang sangat berguna untuk Hudha dan keluarga. Oklah nak masuk keje.. Nanti Hudha cerita lagi pengalaman kami sekeluarga dengan kutu pulak..





"Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit"

Siti Norhudha Maria Bt Derani
ID Shaklee: 1097495
Call/SMS/Whatsapp: 012-927 4331
Email: sitinorhudhamaria@gmail.com
FB: Siti Norhudha

Khamis, 8 Januari 2015

6 SEBAB KENAPA SUPLEMEN YANG DIMAKAN TIDAK BERKESAN???

Bila kita lihat mereka yang amalkan makanan tambahan atau suplemen mendapat kesan yang positif kita pun secara tak langsung berminat nak cuba. Tapi bila kita dah makan dan tidak mendapat kesan seperti mereka yang dah berjaya kita mesti salahkan orang yang menjual tu kan. Tapi tahukah anda terdapat 6 sebab kenapa suplemen yang dimakan tidak berkesan?

1. Kurang minum air kosong - Tubuh kita memerlukan air yang mencukupi untuk membolehkan proses penyerapan suplemen secara berkesan. Ramai yang mengalami masalah minum air kosong lebih-lebih lagi dengan kekangan kerja dan ramai yang lebih suka minum air manis. Untuk pengetahuan semua, air manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Jadi kurangkanlah minum air manis ye..



2. Konsisten - Ramai yang nak dapatkan kesan dengan cepat tapi tidak mengambil suplemen secara konsisten. Tubuh memerlukan sekurang-kurangnya 90 - 120 hari untuk mendapatkan kesan yang terbaik. Kesan suplemen terhadap seseorang juga berbeza, ada yang cepat dapat melihat kesan tetapi ada yang lambat. Jadi anda harus bersabar dan pastikan konsisten dalam pengambilan suplemen.



3. Elak makan suplemen sekaligus - Apabila kita makan semua suplemen secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita kurang minum air. Jadi cuba agih-agihkan pengambilan suplemen mengikut kesesuaian dan keperluan agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu-satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu masa tertentu sahaja. Sekiranya anda bercadang untuk makan sekaligus pastikan telah mengambil air kosong secukupnya sebelum waktu tidur.



4. Elak ambil ubat bersama suplemen - Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan suplemen kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap suplemen dengan baik. Sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan maka ambil suplemen selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.



5. Kurangkan pengambilan kafein - Tahukah anda pengambilan kafein boleh merosakkan suplemen yang sedia ada dalam badan. Dengan pengambilan minuman yang berkafein tinggi secara berterusan boleh membazirkan suplemen yang diambil selama ni.



6. Pantang larang makan suplemen - Elakkan ambil multivitamin bersama susu kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Selain itu vitamin E dan GLA tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.



Sekarang anda dah tau apa puncanya yang menyebabkan suplemen yang anda makan tidak berfungsi dan berkesan seperti yang anda harapkan. Ubahlah gaya dan cara pemakanan anda untuk kesan yang optimum. Kalau tidak sia-sia sahaja suplemen atau makanan tambahan yang anda makan. Tiada faedah pun pada badan kita. Jadi ayuh berubah kepada cara yang betul!!!



Siti Norhudha Maria Bt Derani
ID Shaklee: 1097495
Call/SMS/Whatsapp: 012-927 4331
Email: sitinorhudhamaria@gmail.com
FB: Siti Norhudha