Bila kita lihat mereka yang amalkan makanan tambahan atau suplemen mendapat kesan yang positif kita pun secara tak langsung berminat nak cuba. Tapi bila kita dah makan dan tidak mendapat kesan seperti mereka yang dah berjaya kita mesti salahkan orang yang menjual tu kan. Tapi tahukah anda terdapat 6 sebab kenapa suplemen yang dimakan tidak berkesan?
1. Kurang minum air kosong - Tubuh kita memerlukan air yang mencukupi untuk membolehkan proses penyerapan suplemen secara berkesan. Ramai yang mengalami masalah minum air kosong lebih-lebih lagi dengan kekangan kerja dan ramai yang lebih suka minum air manis. Untuk pengetahuan semua, air manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Jadi kurangkanlah minum air manis ye..
2. Konsisten - Ramai yang nak dapatkan kesan dengan cepat tapi tidak mengambil suplemen secara konsisten. Tubuh memerlukan sekurang-kurangnya 90 - 120 hari untuk mendapatkan kesan yang terbaik. Kesan suplemen terhadap seseorang juga berbeza, ada yang cepat dapat melihat kesan tetapi ada yang lambat. Jadi anda harus bersabar dan pastikan konsisten dalam pengambilan suplemen.
3. Elak makan suplemen sekaligus - Apabila kita makan semua suplemen secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita kurang minum air. Jadi cuba agih-agihkan pengambilan suplemen mengikut kesesuaian dan keperluan agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu-satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu masa tertentu sahaja. Sekiranya anda bercadang untuk makan sekaligus pastikan telah mengambil air kosong secukupnya sebelum waktu tidur.
4. Elak ambil ubat bersama suplemen - Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan suplemen kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap suplemen dengan baik. Sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan maka ambil suplemen selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.
5. Kurangkan pengambilan kafein - Tahukah anda pengambilan kafein boleh merosakkan suplemen yang sedia ada dalam badan. Dengan pengambilan minuman yang berkafein tinggi secara berterusan boleh membazirkan suplemen yang diambil selama ni.
6. Pantang larang makan suplemen - Elakkan ambil multivitamin bersama susu kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Selain itu vitamin E dan GLA tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.

Siti Norhudha Maria Bt Derani
ID Shaklee: 1097495
Call/SMS/Whatsapp: 012-927 4331
Email: sitinorhudhamaria@gmail.com
FB: Siti Norhudha
5. Kurangkan pengambilan kafein - Tahukah anda pengambilan kafein boleh merosakkan suplemen yang sedia ada dalam badan. Dengan pengambilan minuman yang berkafein tinggi secara berterusan boleh membazirkan suplemen yang diambil selama ni.

6. Pantang larang makan suplemen - Elakkan ambil multivitamin bersama susu kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Selain itu vitamin E dan GLA tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.
Sekarang anda dah tau apa puncanya yang menyebabkan suplemen yang anda makan tidak berfungsi dan berkesan seperti yang anda harapkan. Ubahlah gaya dan cara pemakanan anda untuk kesan yang optimum. Kalau tidak sia-sia sahaja suplemen atau makanan tambahan yang anda makan. Tiada faedah pun pada badan kita. Jadi ayuh berubah kepada cara yang betul!!!
Siti Norhudha Maria Bt Derani
ID Shaklee: 1097495
Call/SMS/Whatsapp: 012-927 4331
Email: sitinorhudhamaria@gmail.com
FB: Siti Norhudha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan