Rabu, 14 Januari 2015

KESAN KEKURANGAN KALSIUM

Bila sebut kalsium atau dengar je perkataan ini mesti kita terbayangkan susu kan. Dan bila sebut susu berapa sangatlah yang minum susu untuk keperluan badan kita.

Sebenarnya kalsium ni penting. Kita mesti tak terfikir yang simptom atau gejala yang terjadi pada badan berpunca daripada kekurangan kalsium. Sekiranya ada simptom-simptom ini, baik lakukan sesuatu sebelum melarat.


TANDA KEKURANGAN KALSIUM

1. Insomnia - sukar untuk tidur dan membawa kepada tidur yang tidak berkualiti. 



2. Ketidakseimbangan emosi - lebih mudah panik, risau, stress dan sebagainya. Kalsium sangat penting untuk membantu menenangkan diri.



3. Sistem imun yang lemah - tubuh kurang berupaya untuk menentang jangkitan virus.



4. Kelesuan - boleh menyebabkan kelesuan. Ini akan mempengaruhi emosi dan pemikiran menyebabkan individu tersebut lebih suka menjauhkan diri daripada orang lain.

5. Kerosakan gigi dan tulang - penyakit tulang rapuh atau nama lain osteoporosis Ini menyebabkan individu tersebut lebih mudah tercedera walaupun hanya terjatuh sedikit. Gigi juga akan menjadi rapuh dan mudah reput.



6. Selain itu, kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, anemiakekejangan ototkebas-kebas, kegagalan sistem saraf berhubung secara efektif dan sebagainya.


KESAN KEKURANGAN KALSIUM KEPADA INDIVIDU

INDIVIDU DEWASA

  1. Mudah kejang otot atau semut-semut (terutamanya ibu-ibu mengandung)
  2. Insomnia atau masalah sukar untuk tidur
  3. Usus lemah dan sering mengalami sembelit
  4. Mengalami sakit pinggang dan juga kaki
  5. Cepat marah dan terkejut
  6. Luka susah untuk sembuh. Dan jika luka, darah lambat membeku
  7. Sakit sendi
  8. Kadar metabolisma menjadi rendah
  9. Berisiko mengidap penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  10. Tidak bermaya dan sering keletihan.  
  11. Rambut gugur (masalah wanita selepas bersalin)  

KANAK-KANAK

  1. Kurang selera makan dan memilih dalam pemakanannya
  2. Sering terkejut dan menangis malam
  3. Gigi lambat tumbuh (selepas 10 bulan)
  4. Terlalu aktif (“hyperaktif”)
  5. Kaki bengkok
  6. Mula berjalan lambat (selepas 13 bulan)
  7. Tidak tinggi dan badan yang lemah
  8. Kerap berpeluh ketika tidur
  9. Tidur sering tidak lena (tidak mendapat tidur berkualiti) 
Buatlah pencegahan sebelum terlewat ye. Kesihatan itu lebih berharga dari wang ringgit. Bila dah sakit, wang banyak mana pun dah tak berguna lagi.


Siti Norhudha Maria Bt Derani
ID Shaklee: 1097495
Call/SMS/Whatsapp: 012-927 4331
Email: sitinorhudhamaria@gmail.com
FB: Siti Norhudha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan