Rabu, 7 Januari 2015

7 MAKANAN HARIAN YANG MEMBANTU PEMBAKARAN LEMAK

Tengahari ni dah makan sedap-sedap mesti kita terfikir macam mana nak bakar atau hapuskan lemak-lemak degil kat badan kan. Sebenarnya dalam makanan harian kita pun boleh menolong membakar lemak ni.

1. Putih Telur - Putih telur merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak.Sebaliknya cuba elakkan memakan kuning telur kerana mengandungi kolesterol yang tinggi. Jadi bagi yang selalu ambil telur mata sebagai lauk semasa sarapan boleh amalkan ye :) 


2. Bawang Putih / Merah - Bawang mengandungi anti bakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain daripada itu, makanan ini juga berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman dan juga meningkat metabolisme tubuh seseorang.


3. Tomato - Tomato sering dikaitkan dengan kecantikan. Tempek kat muka untuk segar dan selain dimakan untuk mendapatkan kulit yang licin. Tapi tahukah anda tomato yang mengandungi vitamin A, B6, C dan K sangat baik untuk membakar lemak. Selain daripada itu kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan tomato sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet.


4. Lada/Cili - Terfikirkah kita lada/cili boleh membakar lemak? Hudha baru tahu lada boleh membakar lemak hehe..iaitu kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk metabolisme badan dan secara tidak langsung lemak-lemak dalam badan ni terbakar lah ye...


5. Anggur - Selain membekalkan vitamin c kepada badan, ia turut membawa khasiat yang dipanggil pektin. Pektin dapat membantu untuk menurunkan tahap kolesterol seseorang. Lepas ini boleh makan anggur banyak-banyak untuk turun kolesterol :)


6. Lobak Merah -  mengandungi karotina yang merupakan sejenis vitamin A untuk membantu melancarkan sistem penghadaman dan membakar sisa lemak.

7. Timun - Sayuran yang biasa kita makan bila makan nasi lemak:) Timun bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan untukmembakar lemak, tetapi khasiat di dalamnya juga turut memberi kebaikan kepada buah pinggang kerana ia dapat membantu untuk membersihakan asid urik.


Kesemua makanan di atas mudah didapati dan memang kita makan sehari-harian :) 



Siti Norhudha Maria Bt Derani
ID Shaklee: 1097495
Call/SMS/Whatsapp: 012-927 4331
Email: sitinorhudhamaria@gmail.com
FB: Siti Norhudha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan